Friday, April 1, 2011

Sifat zuhud Nabi Muhammad, cairkan sikap orang kafir



Firman Allah bermaksud, " Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." (Surah al-An'am :49)

Ertinya, mereka yang mendustakan (mengkufuri) al-Quran (ayat-ayat keterangan yang dapat dibaca) yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan ayat-ayat keterangan yang dapat dilihat (alam yang menjadi hujah mengenai keagungan dan kekuasaan Allah) dengan mata mereka sendiri, mereka akan dikenakan azab seksa yang pedih daripada sebab kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya s.a.w.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w): "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku." (Surah al-An'am : 50)

Yakni Allah SWT memerintahkan supaya Nabi s.a.w berkata kepada mereka yang kufur itu bahawa baginda s.a.w tidak mengatakan yang harta perbendaharaan milik Allah berada di sisinya.

Bahkan Nabi s.a.w tidak pernah memiliki harta kekayaan walaupun baginda s.a.w berupaya untuk mendapatkannya.

Ini kerana baginda s.a.w pernah ditawarkan oleh golongan kafir Quraisy harta kekayaan dan pangkat kedudukan jika baginda s.a.w meninggalkan kerja-kerja dahkwah mengajak manusia kepada Islam.

Nabi s.a.w boleh memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan harta kekayaan atau perbendaharaan Allah jika dia mahu. Tetapi baginda tidak berbuat demikian Inilah sifat zuhud dan tawaduk baginda s.a.w

Sejarah membuktikan baginda adalah seorang Nabi yang tidak mempunyai harta kekayaan, tidak seperti Nabi Sulaiman a.s. bahkan semasa wafat baginda s.a.w masih berhutang dengan Yahudi di Madinah.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan aku pula tidak mengetahui perkara yang ghaib." (Surah al-An'am:50)

Allah juga memerintahkan Nabi s.a.w supaya memberitahu orang-orang kafir itu bahawa perkara ghaib itu adalah di dalam ilmu Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w tidak akan dapat mengetahuinya melainkan Allah yang memberitahunya. Nabi s.a.w tidak berkuasa untuk mengetahui semuanya itu melainkan Allah yang memberitahu kepadanya.

Banyak peristiwa dalam sejarah menjelaskan bagaimana Allah SWT menampakkan perkara-perkara ghaib kepada Nabi s.a.w di mana Nabi s.a.w melihat malaikat dan Jibrail dalam pelbagai rupaya seperti seorang lelaki yang lawa dan berpakaian serban putih dan dalam bentuk rupanya yang asal datang menemui Rasulullah s.a.w dalam banyak peristiwa sepanjang hayatnya sehingga baginda s.a.w wafat.

Allah berfirman lagi, "Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat." (Surah al-An'am : 50)

Allah turut memerintahkan nabi s.a.w berkata kepada golongan kuffar itu bahawa beliau tidak pernah mengatakan dan mengakui bahawa baginda adalah seorang malaikat. Baginda adalah seorang manusia yang dipilih oleh Allah menjadi rasul. Baginda masih bersifat seperti manusia biasa yang lain, perlu makan dan minum, perlu berkawin dan sebagainya.

Orang-orang kafir itu menghina Nabi s.a.w kerana perkara ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Mengapa rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar seperti manusia lain)?" (Surah al-Furqan:7)

Cuma bezanya dengan manusia yang lain ialah baginda s.a.w diutuskan sebagai rasul untuk menyampaikan dan memberi contoh teladan yang baik kepada manusia bagaimana seharusnya mereka melaksanakan segala suruhan Allah daripada sekecik-kecil perkara sehingga ke sebesar perkara daripada membuang duri dan batu di tengah jalan sehingga mendirikan kerajaan Islam dan menegakkkan hukum Allah SWT di atas muka bumi dan berjihad, berperang bagi menegakkan agama Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud, "Aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku." (Surah al-An'am : 50)

Allah SWT memerintahkan Nabi s.a.w berkata kepada golongan yang tidak beriman itu bahawa baginda s.a.w tidaklah melakukan sesuatu perkara melainkan menurut segala perintah wahyu daripada Allah yang disampaikan kepadanya melainkan Jibrail a.s

Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud," Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya." (Surah an-Najmu:3-4)

Gengster menangis mendengar Al Quran



Berlin - Sewaktu berpindah ke bahagian barat Jerman, di masa runtuhnya tembok Berlin, Sayed Mann, kala itu 12 tahun, adalah budak yang tengah bingung mencari identiti diri. Keluarganya berasal dari Jerman Timur.

Tumbuh besar di lingkungan sosialis, agama tidak pernah ada dalam kamus keluarga dan hidupnya. Ia cenderung tersenyum sinis saat melihat orang-orang pemeluk keyakinan tertentu, termasuk Muslim.

Di Jerman Barat ia melihat situasi yang berbeza. Imigran lebih banyak dijumpai dan ia pun berkawan dengan beberapa orang asing.

"Saya tidak terbiasa dengan kehidupan baru ketika itu," aku Sayed. "Kami tiap hari hidup seperti sampah. Idola kami adalah orang-orang kulit hitam Amerika yang tinggal di pemukiman yang terpencil," tuturnya.

Mengidolakan mereka, lelaki yang dulunya bernama Sved Mann itu pun juga mencontoh perilaku para imigran itu. "Saya melakukan banyak hal buruk termasuk mencuri dan sebagainya," kenang Sayed.

Hingga akhirnya ia bertemu dengan seorang imigran berasal dari Turki yang menjadi kawan akrabnya. Si kawan itulah yang kemudian mengenalkan Sayed pada Islam dan berhasil mengajaknya memeluk agama tersebut.

Kawan Sayed memiliki abang lelaki seorang imam masjid tempatan. Ketika si adik memberi thau niatnya untuk mengajak Sayed berkunjung ke masjid, sang imam mengaku pesimis.

"Saya bilang, 'Dia? Tidak Mungkin'. Tapi adik saya sudah bertekad bulat. Bahkan ia mengatakan Sayed akan memeluk Islam sepulangnya saya dari bepergian," tuturnya.

Tiga bulan kemudian, ketika si imam pulang kembali ia tiba-tiba disambut oleh Sayed dengan sapaan Assalamu'alaikum. "Wow saya terkejut. Ini benar-benar luar biasa," ujarnya. "Saya bahkan sempat bertanya (pada Sayed) 'Apa yang terjadi padamu?'".

Rupanya si imam memahami selama ini Sayed selalu mencari, namun ia tak pernah-pernah meluangkan waktu dan cenderung mengabaikan untuk pertimbangan yang bersungguh-sungguh.

"Ia mengatakan selalu percaya dengan kewujudan Tuhan, saya kira itulah yang menuntun dia," kata si imam. "Saya melihat ia bahagia setelah menemukan Islam.

Kini si imam bahkan menjadi guru mengaji Sayed. Dengan disiplin ia belajar bahasa Arab supaya dapat membaca Al Qur'an.

Tapi Sayeed tak ingin disebut pindah agama. "Tak pernah ada istilah berubah agama dalam Islam," ujarnya. "Dalam Al Qur'an disebutkan tak ada paksaan dalam beragama," imbuh Sayed lagi.

Lalu? "Saya lebih suka menganggapkan sebagai 'seseorang telah mengenalkan saya pada Islam dan saya menuju agama itu," kata Sayed.

Ketika ditanya oleh Cengiz Culture, sebuah projek bebas pembuatan filem dokumentari tentang agama dan budaya di Jerman, mengapa ia memilih Islam, dengan mantap Sayed menjawab, "Kerana pada akhirnya semuanya adalah, Islam," ujarnya menekankan pada makna kata tersebut yakni berserah diri.

Ia telah mengucapkan ikrar dengan syahadat sepuluh tahun lalu. Sejak saat itu ia rajin membaca untuk mengetahui dan mengenal lebih dalam apa makna Islam, termasuk bagi dirinya.

Islam bagi Sayed adalah menyerahkan keinginan diri di bawah kehendak Tuhan. Mengapa ia mahu melakukan? "Kerana dengan itu nanti saya dapat bertemu dengan Pencipta saya, saya dapat menjumpai syurga. Saya berhak untuk itu dan saya kira itulah Islam menurut saya saat ini," papar Sayed ketika ditanya esensi Islam.

Sejak sepuluh tahun pula, Sayed melakukan solat lima kali dalam sehari. "Ketika anda solat anda "ditiadakan" dan istirahat dari dunia dan seluruh isinya. Anda membersihkn dan menghadap Pencipta," ujarnya.

Ia mengaku tak ada strategi khusus untuk melakukan solat lima kali dalam sehari di Jerman. "Setiap orang pasti bisa menemukan tempat untuk berwudhu, membasuh diri dan melakukan solat," ujarnya tanpa beban.

Sayed mengaku menemukan keyakinannya setelah diskusi panjang dengan si kawan tadi dalam satu malam. "Setelah itu saya langsung menyatakan ingin pergi ke masjid bersamanya," ungkap Sayeed.

Ketika itu subuh dan seorang anak kecil tengah melantunkan ayat-ayat suci Al Qur'an. Tiba-tiba Sayed pun menangis. "Saya tidak tahu mengapa. Saya tidak faham bahasa Arab, saya tidak tahu apa yang ia baca, tidak tahu apa pun," kenangnya.

"Tapi hati saya jelas telah memahami sesuatu. Itu benar-benar pengalaman luar biasa," tutur Sayed. "Saya yang hidup di jalan ala gangster tiba-tiba boleh menangis dan tidak tahu mengapa."

Kini selain ketenangan dan keteraturan hidup Sayed juga menemukan hal berharga lain dalam Islam. "Ketika anda menjadi seorang Muslim, anda kehilangan teman tetapi anda mendapatkan saudara," ujarnya. Dengan segera anda menjadi anggota sebuah keluarga. Ini sesuatu yang tidak bisa saya peroleh dalam gereja-gereja di Jerman."

Monday, March 28, 2011

Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi: Mufti Penentang Sekular



Sheikh Mustafa Sabri Efendi ialah seorang mufti bagi Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menyaksikan secara langsung detik-detik akhir jatuhnya Khilafah Islam ini. Beliau lahir pada tahun 1869 dan meninggal dunia pada tahun 1954. Beliau diangkat menjadi mufti pada tahun 1920 iaitu di era pemerintahan Khalifah Muhammad VI (1918-1922). Beliau adalah Khalifah yang ke 36 dalam pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Selepas beliau, adalah Khalifah Abdul Majid II (1922-1924).

Sheikh Mustafa saat itu lantang mengkritik gerakan Sekular di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk. Akhirnya beliau di buang negeri pada tahun 1922 dan menuju ke Mesir bersama para pengikutnya. Khalifah Muhammad VI tidak mampu berbuat apa-apa lagi dalam hal ini kerana pemerintahan Turki sudah mula dikuasai oleh gerakan Sekular, Freemason dan sebagainya. Bahkan, Khalifah Muhammad VI juga yang melantik Mustafa Kamal Attatuk sebagai Pemeriksa Umum Tentera Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada April 1919 dan diberi kepercayaan mentadbir tentera di kawasan Anadhol (Mustafa Kamal Attaturk memang sangat dipercayai saat itu sehingga berjaya mengelabui mata para ulama’ di Turki).

Selepas sistem khilafah ditumbangkan pada tahun 1924, Kerajaan Turki Sekular dengan Presidennya yang pertama, Mustafa Kamal menunjukkan sikap ‘lunaknya’ dengan menawarkan pengampunan kepada Sheikh Mustafa Sabri dan 150 pengikutnya. Beliau meninggal dunia di Mesir pada tahun 1954.

Antara kenyataan Sheikh Mustafa Sabri yang paling penting diberi perhatian adalah

“memisahkan agama dengan politik, adalah jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR !!!”.

..dan antara kata-kata beliau yang lain:

“Sekularisma itu adalah jalan terdekat kepada Riddah!”

Pesanan Nabi Untuk Umat di Akhir Zaman






Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu

nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu

kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.

Lalu baginda pun bersabda :

"Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin)

sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya

daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan

sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran

dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan

jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap

bid'ah itu adalah sesat".