Tuesday, April 19, 2011

Pencari Kayu Api dan Mungkar Nangkir



Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu.
lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat. Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata. wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku. adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah. lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu. dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari. dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di sediakan. tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya. keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut. si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir. tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata. apa yang kau buat di sini. aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya. apa harta yang kau ada sekarang aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki. dari mana kau dapat kapak ni aku membelinya lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut. hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni? aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni kat hutan mana ada orang punya pokok adakah kau pasti lalu hilang lagi mungkar dan nangkir hari ke empat adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual. aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut. berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut. si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi. sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut. maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi.sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.

Saturday, April 9, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor: Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib: Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Thursday, April 7, 2011

Apa Ada Bangsa Melayu?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Apabila disebut tentang Melayu, tergambar satu ayat yang agak popular di kalangan orang Melayu dalam fikiran saya iaitu “Takkan Melayu hilang di dunia!”.
Kenapa munculnya ayat ini?

Pada saya ayat ini hadir kerana rasa cinta dan bangga bangsa Melayu terhadap keturunannya. Namun apakah nilai yang hebat tentang perjuangan memartabatkan Melayu?

Pernah seorang pejuang Islam yang bersama Rasulullah di medan perang dan mati dalam medan perang tersebut namun dijanjikan neraka untuknya kerana beliau bukan berjuang kerana Allah, sebaliknya kerana ingin mempertahankan tanah Arab.

Bagaimana pula jika seorang lelaki Melayu mati kerana memperjuangkan bangsa Melayu? Di mana tempat dia akan diletakkan?

Tidak salah memperjuangkan bangsa, tetapi apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh bangsa itu? Adakah bangsa itu mempejuangkan agama Allah? Jika tidak kenapa kita terlalu bising tentang perjuangan bangsa?

Apakah kemulian yang ada pada bangsa Melayu? Saya sendiri adalah orang Melayu dan saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Namun saya tidak pernah merasakan bangsa ini lebih mulia daripada bangsa lain. Kenapa?

Kerana Rasulullah sendiri tidak memuliakan bangsanya kecuali mereka-mereka yang cintakan Allah. Rasulullah sendiri pernah menyebut “Celakalah kamu wahai orang Arab!”, kenapa Rasulullah berkata demikian? Bukankah baginda sendiri berasal dari kaum Arab?

Kisahnya begini:

Abdullah bin Amar bin Muhammad bin Aban al-Ju’fi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd Rahim iaitu Ibnu Sulaiman telah meriwayatkan kepada kami daripada Zakaria’ daripada Abi Ishaq daripada ‘Amar bin Maimun Al-Audi daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata:

Ketika Rasullullah sedang bersolat di Baitilah, Abu Jahal dan sahabat-sahabatnya yang terdiri dari orang-orang ternama Quraisy sedang duduk di situ.


Kebetulan pada waktu itu ada seekor unta sedang disembelih. Abu Jahal lalu berkata kepada 6 orang sahabatnya,

“Siapakah di antara kalian yang berani mengambil uri/tembuni unta (organ dalaman unta) dan meletakkannya pada Muhammad yang sedang bersujud?”

Maka seorang yang paling celaka dari mereka pergi mengambilnya dan ketika Rasulullah sedang sujud, dia pergi meletakkan uri unta itu di antara tulang belikat (belakang) Rasulullah. Setelah itu mereka ketawa berdekah-dekah sambil mengejek-ngejek Rasulullah.

Rasulullah diam dan tidak bangun dari sujudnya sehinggalah Fatimah (anak baginda) ternampak kejadian itu dan mengambil uri unta dari belakang Rasulullah. Setelah itu barulah Rasulullah menyelesaikan solatnya dan berdoa,

“Celakalah kamu wahai orang arab Quraisy!”, sebaik saja mendengar doa Rasulullah, kesemua tujuh orang arab mula merasa takut dan diam tidak terkata. Rasulullah menyambung doanya,

“Celakalah kamu wahai Abu Jahal!”, “Celakalah kamu wahai Uqbah bin Rabi’ah!” dan begitulah seterusnya baginda menyebut seorang demi seorang sahabat rapat Abu Jahal itu.

Persoalanya di sini, kepada Rasulullah berkata ‘Celakalah kaum Arab Quraisy?’, ia sebenarnya bermaksud celakalah orang Arab yang menghina nabi Allah, menghina Allah dan juga Islam.

Tiada sebarang kemulian kepada mereka meskipun mereka berbangsa Arab yang sama keturunannya dengan Rasulullah. Kemuliaan setiap insan itu atas dasar Islam dan keimanannya kepada Allah dan rasulnya. Bukan pada bangsanya!

Oleh yang demikian apakah faedahnya memperjuangkan bangsa jika Islam dihina? Apakah faedahnya bertekak lidah tentang ketuanan Melayu sedangkan perjuangan untuk memartabatkan undang-undang Islam diketepikan.

Benarkah undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk dan mempunyai rakyat yang menganut pelbagai agama berbeza? Lupakah kita bahawa ketika Rasulullah memerintah, baginda juga mempunyai rakyat berbagai agama dan bangsa?

Atau kita menganggap undang-undang yang diciptakan oleh Allah itu lemah dan tidak sesuai untuk orang bukan Islam? Sesungguhnya dengan berfikiran begitu kita telah pun syirik kepada Allah.

Padahal undang-undang Islam itu meliputi seluruh peraturan dunia samada untuk orang Islam, bukan Islam, manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, manusia dengan Allah dan segala-galanya.

Apabila kita bangkitkan tentang kelebihan bangsa, kita seolah-olah menghina bangsa lain. Ia sama saja sebagaimana sifat orang arab yang berbangga dengan bangsanya dan menghina bangsa lain.

Lebih teruk lagi bangsa Israel yang menganggap bangsa lain seperti binatang semata-mata.

Perjuangan bangsa tidak membawa kita ke mana-mana, hanya dengan keegoan dan kesombongan kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu tidak memabawa apa-apa makna. Ia hanya akan menyebabkan kebencian dan kemarahan bangsa lain.

Berbeza dengan perjuangan memartabatkan Islam. Tidak kira apa jua bangsa kita, kita adalah saudara dan orang bukan Islam yang baik pula adalah kawan yang perlu dihormati. Islam mengajar kita supaya memerintah dengan adil dan saksama. Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa!

Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?

Renungkan balik apa yang telah berlaku kepada bangsa kita:


* Berzina, rogol dan sumbang mahram.
* Golongan paling tinggi membuang dan membunuh anak.
* Meninggalkan solat (jika berterusan boleh jadi murtad).
* Tidak melaksanakan undang-undang Islam.
* Rahsuah berleluasa.
* Wanita berpakaian tetapi telanjang. Hasilkan pula rekaan fesyen alaf baru yang jauh terpesong dari landasan Islam. Seolah-olah terma dan syarat pemakaian yang ditetapkan oleh Allah itu sangat ketingglan zaman, hodoh dan hina!
* Mengagung-agungkan hiburan.
* Menyediakan pusat judi terbesar di asia tenggara.

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya penuhkan di sini. Tidakkah ini semua seolah-olah menghina Islam? Siapakah bangsa yang paling ramai melakukan kesalahan-kesalahan di atas?

Tentu saja jawapannya ialah MELAYU! Jadi ada apa dengan MELAYU? Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah! Perjuangkanlah ISLAM!

Mujahidin Melayu: As Syahid Fauzi Ismail


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh"

Latar Belakang As Syahid

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa

Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad

Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah

As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan

As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.

Sunday, April 3, 2011

Perang Khaibar dan Wadi Al-Qura

Sumber : dakwah.info - harfiah

Bulan Muharram tahun ke tujuh (7) hijrah

Khaibar adalah sebuah kota besar dikelilingi tembok berbenteng dan taman-taman, jaraknya ke Madinah enam puluh (60) atau lapan puluh (80) batu di sebelah utara, tapi sekarang sebagai sebuah kampung dengan cuacanya yang kurang baik untuk kesihatan.

Lihat Peta Perang Khaibar

Faktor kejadian:

Setelah Rasulullah terasa aman terhadap salah satu dari tiga sayap terkuat Barisan Bersekutu dan terasa selamat sepenuhnya, khusus selepas perjanjian perdamaian al-Hudaibiah, kini Rasulullah mengatur perkiraannya dengan dua sayap yang masih bertenaga: Kaum Yahudi dan Qabilah-qabilah Najdi, agar perkiraan ini akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan serantau yang menyeluruh, seterusnya orang Islam boleh cuci tangan dari peperangan berdarah yang berterusan itu dan mengalih langkah kepada kerja-kerja dakwah dan menyampai risalah Allah sepenuhnya.

Oleh kerana Khaibar merupakan sarang pakatan da-konspirasi, malah merupakan markas gerakan tentera yang menimbulkan kekacauan dan mencetuskan peperangan, maka sudah selayaknya kaum muslimim memberi penumpuan kepadanya.

Apa yang dikatakan Khaibar sebagai pencetus kesemuanya, ini kerana kita tidak boleh melupai usaha-usaha penduduk Khaibar yang menghimpun tenaga Barisan Bersekutu untuk memerangi kaum muslimin, malah mereka juga yang menginisiatifkan kepada Banu Quraidhah supaya mengkhianati orang-orang Islam, dan mereka jugalah yang bertindak membuat hubungan dengan musuh dalam selimut iaitu kaum munafiqin, juga hubungan dengan Ghatafan dan Arab-arab Badwi yang merupakan sayap ke tiga kepada Barisan Bersekutu. Malahan mereka sendiri sudah pun mempersiapkan diri untuk memasuki kancah peperangan, mereka sudah pun memulakan percubaan itu dengan beberapa siri serangan, di antara yang terkutuk ialah mereka merencana untuk membunuh Rasulullah (s.a.w).

Berhadapan dengan usaha jahat mereka, kaum muslimin terpaksa menghantar beberapa unit tentera ke sana, hinggalah kepada tindakan membunuh kepala samseng dan perancang kejahatan seperti Salam bin Abi al-Haqiq dan Asir bin Zarim, namun kewajipan kaum muslimin terhadap golongan Yahudi ini lebih besar dari itu. Ditangguhkan operasi, kerana kekuatan yang lebih besar dan seteru yang lebih biadab lagi iaitu Quraisy sedang mengancam mereka. Oleh itu sebaik sahaja kaum muslimin melangsaikan perkiraan mereka dengan golongan pengkhianat itu kini tiba masanya pula untuk membuat perkiraan dengan golongan Yahudi Khaibar.

PERGERAKAN KE KHAIBAR

Ibnu Ishak mengisahkan katanya: Sekembalinya dari al-Hudaibiah, Rasulullah tinggal di Madinah. Baginda tinggal di sana pada sebahagian dari bulan Zulhijjah dan Muharam. Di akhir bulan Muharam Baginda keluar ke Khaibar.

Ahli tafsir mengatakan: Bahawa Khaibar itu adalah janji yang telah dibuat oleh Allah (s.w.t) di dalam firmanNya yang bermaksud:

Allah menjanjikan kamu rampasan-rampasan yang banyak kamu mengambilnya namun Allah menyegerakan bagi kamu yang ini. ( iaitu perjanjian al-Hudaibiah manakala rampasan-rampasan yang banyak ialah Khaibar).

(al-Fath: 20)

KEKUATAN TENTERA ISLAM

Dengan sebab kaum munafiqin dan golongan lemah iman tidak menyertai Rasulullah di dalam peperangan al-Hudaibiah maka Allah menyeru Rasul-Nya dengan firman yang bermaksud; "Akan berkata golongan yang tertinggal, apabila kamu menuju kepada barang-barang rampasan untuk memungutnya: Biarkanlah kami mengikuti kamu. Mereka hendak mengubah janji Allah".

Katakanlah: Sekali-kali kamu tidak berhak. mengikuti kami. Demikianlah Allah telah menetapkan sebelumnya, mereka akan mengatakan: Sebenarnya kamu dengkikan kami, bahkan mereka tidak mengerti melainkan sedikit sekali.

(al-Fath: 15)

Apabila Rasulullah (s.a.w) hendak keluar ke Khaibar, Baginda mengiklankan bahawa yang akan turut serta hanya orang yang ingin berjihad sahaja, oleh itu yang turut serta hanyalah mereka berbaiah al-Ridhwan. Bilangan mereka seramai seribu empat ratus (1,400) orang.

Rasulullah melantik Siba' bin 'Arfatah al-Ghifari sebagai amir al-Madinah. Tetapi, kata Ibnu Ishak: Namilah bin Abdullah al-Laithi. Namun pendapat yang pertama lebih sahih pada pandangan golongan pengkaji.

Di masa itu Abu Hurairah pun sampai ke Madinah mengiklan keislamannya, di sana beliau sempat dengan Siba' bin Arfatah, Amir al-Madinah di dalam sembahyang' subuhnya. Setelah selesai sembahyang terus beliau menemui Siba', maka beliau pun diberi bekalan, terus beliau ke Khaibar menemui Rasulullah. Rasulullah (s.a.w) pun memberitahu kepada kaum muslimin seterusnya, Rasulullah pun membahagikan saham rampasan bersama-sama dengan sahabatnya yang lain.

KAUM MUNAFIQIN MEMBUAT HUBUNGAN DENGAN KAUM YAHUDI

Kaum munafiqin berusaha untuk kemuslihatan golongan Yahudi, Abdullah bin Ubai selaku kepala munafiqin telah menghantar utusan untuk bertemu dengan kaum Yahudi Khaibar dengan peringatan: "Bahawa Muhammad telah bergerak menuju ke arah kamu, berwaspadalah kerananya, justeru itu janganlah kamu gentar, persenjataan dan bilangan kamu lebih banyak, sedang Muhammad hanya satu kelompok yang kecil sahaja dengan tangan kosong tak Bersenjata, senjata yang mereka miliki sangat sedikit.

Sebaik sahaja penduduk Khaibar mengetahui hal ini, lantas mereka mengutus Kinanah bin Abi al-Haqiq dan Hauzah bin Qais kepada Ghatafan, meminta bantuan dari mereka, kerana Ghatafan adalah sekutu Yahudi yang memusuhi kaum muslimin. Yahudi telah menjanjikan Ghatafan untuk menyerah separuh hasil Khaibar sekiranya mereka dapat mengalahkan kaum muslimin.

PERJALANAN KE KHAIBAR

Dalam perjalanan ke Khaibar, Baginda melalui Jabal Asir, turun ke al-Sahba', turun lagi ke lembah yang dikenali sebagai al-Raji'e, dari situ ke kawasan Ghatafan perjalanannya mengambil masa sehari semalam. Ghatafan sudah pun bersiap untuk bergerak ke Khaibar bagi membantu Yahudi Khaibar, di pertengahan jalan, mereka dengar dari belakang mereka bunyi-bunyi bising, di mana mereka sangka bahawa kaum muslimin sudah menyerang keluarga, harta dan perkampungan mereka. Dengan itu tak jadi mereka ke Khaibar.

Rasulullah menjemput dua orang "Dalil" (penunjuk arah perjalanan) tentera Islam, salah seorang mereka bernama Husail untuk melalui jalan yang terbaik, agar dapat Baginda memasuki Khaibar dari arah utara iaitu dari sebelah negeri al-Syam dan supaya dapat menghalang mereka dari Ghatafan.

Salah seorang daripada mereka berkata: "Daku akan menunjukkan tuan hamba jalan-jalannya", dengan itu beliau membawa Rasulullah bersama tenteranya sampai ke satu persimpangan yang banyak cabang dan arah, kata beliau:

"Wahai Rasulullah setiap jalan ini boleh sampai ke matlamat". Maka Baginda meminta beliau sebutkan nama jalan-jalan itu, kata beliau: "Jalan ini bernama "Hazan" Rasulullah menolak cadangan untuk melalui jalan ini, katanya yang ini namanya "Syasy" pun Rasulullah menolaknya, katanya: Dan yang ini namanya "Hatib" sekali lagi Rasulullah menolaknya, kata Husail: "Tak ada yang lain, cuma tinggal satu lagi". Umar aI-Khattab bertanya: "Apa namanya?" Kata Husail: Yang ini namanya "Marhab" maka Rasulullah pun memilih jalan "Marhab" untuk ke menuju matlamatnya.

Beberapa Peristiwa Di Pertengahan Jalan:

1. Hadith riwayat Salamah bin al-Akwa'yang berkata:

Kami telah keluar bersama Nabi (s.a.w) ke Khaibar, kami berjalan di malam hari, sehingga berkata salah seorang dari peserta yang ramai itu kepada Amir: "Hai Amir, perdengarkan kami sebahagian dari madahmu itu", Amir adalah seorang penyair, beliau pun turun mendendangkan madahnya kepada sekelian peserta:

Tanpa kau Allah, kami ketiadaan hidayah

Tanpa mu Tuhan, tiada kami bersolat, bersedekah

Pohon kemaafan pengorbanan diserah

Selama masih kami bertaqwa

Tetapkan langkah bila musuh bersua

Cucuri kami ketenanganMu Ilahi

Bila kami diherdik tiada apa menggeruni

Disuara laungan salurlah bantuanmu Ilahi

Tanya Rasululllah (s.a.w): "Siapa yang mendendang madah itu?" Jawab yang hadir: "Beliau adalah Amir bin al-Akwa'" Jawab Rasulullah: "Allah mencucuri rahmat ke atasnya". Sampuk salah seorang: "Wajib ke atasnya syurga wahai Nabi Allah, kalau tidak mana mungkin masih boleh beliau menghibur".

Para sahabat sudah mengetahui tidak pernah Rasulullah memohon rahmat dan beristighfar untuk seseorang kecuali dikurniakan syahadah (mati syahid). Amir telah syahid di Medan Khaibar.

2. Dipertengahan jalan sekalian hadirin bersua dengan sebuah lembah lalu mereka semua mengangkat suara takbir. Kata Rasulullah: "Rendahkan suara mu itu, yang kamu memohon itu bukannya pekak atau tiada bersama, yang kamu pohon dariNya itu Maha Pendengar lagi Maha Dekat".

3. Semasa di al-Sahba' kawasan berhampiran dengan Khaibar Baginda pun bersembahyang Asar, kemudian Rasulullah meminta makanan, apa yang diberikan kepada Baginda hanyalah tepung, maka Rasulullah suruh dimasakkan, setelah itu Rasulullah pun makan dan sekelian yang hadir pun turut makan bersama. Sesudah itu Rasulullah bangun untuk bersolat Maghrib. Baginda masih dalam wudhu' lantas untuk itu Baginda berkumur sahaja, kaum muslimin yang lainpun mencontohi amalan Rasulullah dengan memadai berkumur sahaja. Seterusnya Rasulullah bersolat dengan tidak memperbaharui wudhu', lepas itu Baginda menunai solat Isya' pula.

TENTERA ISLAM KE TEMBOK KHAIBAR

Kaum muslimin tidur di malam akhir sebelum bermulanya peperangan di pagi harinya, berhampiran dengan kota Khaibar, tanpa disedari oleh kaum Yahudi. Kebiasaan Rasulullah apabila hendak memerangi sesuatu kaum sedang suasana masih malam maka Baginda tidak rnenghampiri tempat itu hinggalah di waktu subuh. Kiranya apabila masuk sahaja waktu subuh terus Rasulullah bersembahyang fajar disamar-samar pagi, seluruh tentera pun siap memacu tunggangan masing-masing, penduduk Khaibar keluar di pagi hari untuk ke tempat kerja masing-masing, membawa peralatan mereka, tanpa menyedari kehadiran tentera Islam. Sebaik sahaja mereka sampai ke tempat kerja tiba-tiba mereka melihat tentera Islam terus mereka memekik: "Muhammad, demi Allah Muhammad dengan unit-unit tenteranya. Terus mereka lari ke dalam kota, maka laung Rasulullah: "Allahu Akbar! Musnah Khaibar, Allahu Akbar! musnah Khaibar. Sesungguhnya apabila kami turun ke halaman sesuatu kaum maka nahaslah pagi hari kaum yang diperingatkan itu".

Rasulullah telah memilih satu tempat sebagai khemahnya, namun demikian Khabbab bin al-Munzir telah datang menemui Rasulullah dengan berkata: "Wahai Rasulullah, apakah tempat yang tuan hamba bertapak ini suatu ketetapan langit atau berdasarkan strategi, kata Khabbab lagi: Wahai Rasulullah tempat ini dekat sangat dengan benteng-benteng pertahanan, seluruh tentera Khaibar berada di dalamnya, mereka mengetahui situasi kita sedang kita pula tidak mengetahui situasi mereka. Panah mereka boleh sampai kepada kita dan panah kita tidak sampai kepada mereka. Kita tidak selamat dari angkara mereka, ianya juga terletak di antara pohon-pohon tamar, kawasan rendah dan bumi kosong, kalau Rasulullah menyuruh kita sediakan tempat yang bebas dari semua ini untuk dijadikan markas tentera kita, boleh kita lakukan". Jawab Rasulullah: "Pendapat yang baik adalah seperti mana yang engkau kemukakan". Kemudian Rasulullah berpindah ke tempat lain. Semasa Rasulullah menghampiri Khaibar dan sudah boleh dilihat, Rasulullah memerintah supaya berhenti, di situ Baginda mendoakan:

"Ya Allah ya Tuhan Penjaga tujuh petala langit yang memayungi, penjaga tujuh petala bumi yang dipijak, Tuhan kepada sekalian syaitan yang menyesatkan, sesungguhnya kami memohon kebaikan kampung ini, kebaikan penghuni kampung ini. dari kejahatan penduduknya dari kejahatan apa yang ada di dalamnya Ayuh maralah dengan nama Allah"

BERSIAP UNTUK BERPERANG

Di malam hari penyerangan, Rasulullah bersabda:

"Akan ku serahkan bendera ini pada esok hari kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya disebaliknya Allah serta RasulNya mencintainya". Bila siang menjelang semua orang ke hadapan Rasulullah, semua mereka mengharapkan bendera itu akan diserahkan kepadanya, lantas Rasulullah bertanya: Di mana Ali bin Abi Talib. Jawab hadirin: Beliau mengadu hal matanya yang sakit. Kata Rasulullah: Hantarkan beliau ke mari. Maka beliau pun di bawa ke hadapan Rasulullah (s.a.w). Baginda meludah ke dalam kedua-dua matanya sambil berdoa, sesudah itu matanya tidak sakit-sakit lagi bagaikan tak ada apa pun sebelumnya, Baginda menyerah bendera kepadanya, dan beliau berkata: "Wahai Rasulullah akan ku perangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita semua". Jawab Baginda: "Ayuh laksanakan tugas mu itu, apabila kamu sampai di perkarangan mereka, serulah mereka kepada Islam, beritahukan mereka segala sesuatu mengenai hak Allah, demi Allah sekiranya dengan kau Allah memberi hidayah kepada seseorang maka itu terlebih baik bagi kau dari sekumpulan unta-unta merah".

Khaibar terbahagi kepada dua kelompok, satu kelompok ialah:

1. Kubu Nairn

2. Kubu al-Saab bin Muaz

3. Kubu Qaladah al-Zubair

4. Kubu Ubai

5. Kubu al-Nizar

Tiga kubu yang pertama terletak di kawasan yang dikenali sebagai al-Nutah yang dua lagi terletak di kawasan yang dikenali sebagai al-Syaq.

Kelompok kedua dikenali dengan nama al-Katibah, terdapat tiga kubu sahaja.

1. Kubu al-Qamus ianya kubu qabilah Abu al-Haqiq keturunan Banu al-Nadhir.

2. Kubu al-Watih

3. Kubu al-Salalim

Namun demikian di Khaibar masih terdapat kubu-kubu dan tembok-tembok lain, selain dari lapan yang tersebut, cuma ianya kecil tidak segagah dan perkasa seperti yang lapan itu.

Peperangan sengit berkisar disekitar kubu-kubu yang berada di kelompok pertama, kubu-kubu kedua meskipun ramai pejuang-pejuangnya di situ namun ianya telah menyerah kalah tanpa sebarang peperangan.

PERMULAAN PEPERANGAN DAN PEMBUKAAN KUBU NA'IM

Kubu Na'im merupakan kubu pertama di antara lapan kubu yang diserang, ianya merupakan barisan pertahanan Yahudi pertama kerana kedudukannya yang strategi ianya kubu pahlawan Yahudi bernama "Marhab" Pejuangnya adalah ribuan.

Ali bin Abi Talib muncul di hadapan kubu berkenaan, pertama sekali beliau menyeru kaum Yahudi seluruhnya kepada Islam, mentah-mentah mereka menolak pelawaan itu, dengan itu mereka muncul ke hadapan bersama raja mereka "Marhab", beliau tampil ke hadapan menyeru sesiapa yang mahu bertarung dengannya. Kata Salamah bin al-Akwa: Setibanya kami di Khaibar raja mereka yang bernama "Marhab" pun tampil ke hadapan menghunus pedang sambil melaung dengan madahnya:

"Dakulah Marhab, Khaibar Kenali

Senjata digenggaman pahlawan teruji

Apabila perang bermula ianya membakar"

Di masa itu tampillah Umai Amir dengan madahnya:

"Khaibar kenali daku Amir

Senjata ditegakkan pahlawan mencabar"

Bertikamanlah di antara kedua, pukulan pedang Marhab membelah perisai Amir, menyebabkan beliau hanya bertahan sahaja, pedangnya pun pendek pula, namun beliau cuba memukul betis Yahudi tetapi mata pedangnya melantun balik ke arah dirinya hingga tertikam kepala lututnya dan beliau syahid kerana itu. Maka Rasulullah pun menegas dengan sabdanya: "Untuk beliau dua pahala, sambil Baginda menunjukkkan dua jarinya, kerana beliau berusaha dan melawan, jarang seorang Arab mara seperti beliau".

Nampaknya "Marhab" mencabar sekali lagi memanggil sesiapa yang berani bertarung dengannya, dengan madahnya tadi, Ali bin Abi Talib tampil ke hadapan, kata Salamah bin al-Akwa', Ali muncul dengan madahnya:

Daku Haidar ibu menamanya

Singa rimba garang rupanya

Sukatan diberi

Hutang dibayar

Darah dibela.

Beliau menghumban pedangnya ke kepala Marhab membunuhnya, dengan itu pembukaan kota Khaibar pun dirasmikan.

Semasa Ali (r. a) menghampiri kubu-kubu mereka yang lain, seorang Yahudi menjengok kepalanya dari dalam kubu sambil bertanya: Siapa kamu Jawab beliau: Akulah Ali bin Abi Talib, maka kata Yahudi: Kamu telah mengatasi dengan apa yang diturunkan ke atas Musa.

Sejurus kemudian muncul Yasir saudara kepada Marhab dengan berkata siapa sanggup bertarung dengan ku, maka tampil al-Zubair, maka kata ibunya Safiah: "Wahai Rasulullah, nanti dibunuh anakku?" Jawab Rasulullah: "Malah anak engkau yang membunuhnya". Memang itulah yang terjadi.

Pertempuran pun menjadi sengit di sekitar kubur Na'im di mana terbunuh beberapa keluarga, yang membawa kepada tumbangnya penentangan Yahudi dan gagal mereka mempertahankan kemaraan tentera Islam.

Dari semua sumber ini boleh difahamkan di mana peperangan Khaibar ini selama beberapa hari, tentera Islam menghadapi tentangan yang hebat, namun di akhirnya kaum

Yahudi sudah berputus asa untuk melawan, kesudahannya mereka lari dari kubu itu menyusup ke kubu "al-Saab". Dengan itu tentera Islam pun melanggar masuk dan menawannya.

PEMBUKAAN KUBU AL-SAAB BIN MUAZ

Kubu al-Saab merupakan kubu kedua yang terkuat dan gagah selepas kubu al-Na'im, tentera Islam membuat serangan di bawah pimpinan al-Habbab bin al-Munzlr al-Ansari, sebelum itu mereka telah membuat kepongan selama tiga hari, pada hari ketiga Rasulullah telah membuat satu doa khas untuk pembukaan kubu berkenaan.

Ibnu Ishak meriwayatkan katanya: Banu Saham dari qabilah Aslam telah datang menghadap Rasulullah, kata mereka: Kami dalam kemelesetan, kami tidak mempunyai sesuatu apa pun, jawab Rasul dengan nada restunya: "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Kau mengetahui hal mereka ini, mereka tak mempunyai kekuatan, di tangan ku ini tiada sesuatu pun yang boleh ku beri kepada mereka, bukalah untuk mereka sekaya-kaya kubu, padanya makanan dan daging yang berlebihan". Keesokan pagi, Allah telah membuka kubu al-Saab bin Muaz, kiranya di Khaibar itu padanyalah tersimpan makanan dan daging-daging.

Ketika Rasulullah menyeru menyerang ke atas kubu berkenaan, maka Banu Aslamlah kumpulan terkemuka yang membuat asakan ke atas "al-Saab". Pertarungan dan pertempuran berlaku di hadapan kubu, sebelum matahari terbenam al-Hamdulillah al-Saab telah terbuka, tentera Islam mendapati di dalamnya alat-alat peperangan seperti pelontar peluru dan kereta-kereta perisai.

Oleh kerana kelaparan yang mencengkam tentera Islam, sudah sampai kekemuncaknya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak membawa kaum muslimin sudah merebus air untuk memasak daging keldai peliharaan. Tapi setelah Baginda mengetahui maka dilarang dari memakan daging kaldai peliharaan.

PEMBUKAAN KUBU AL-ZUBAIR

Selepas pembukaan kubu Na'im dan al-Saab kaum Yahudi yang berada di semua kubu kelompok al-Naim berpindah ke kubu al-Zubair, ianya kubu perkasa di kemuncak "Quilah", berat untuk kuda dan tentera ke sana kerana kesukaran jalan dan kekukuhannya. Tindakan Rasulullah ialah mengepunginya, Rasulullah mengenakan kepungan selama tiga hari, setelah itu seorang lelaki Yahudi datang menemui Rasulullah seraya berkata:

Wahai Abi al-Qasim kalau kamu kepung, mereka ada sumber air di bawah tanah, mereka keluar di waktu malam mengambilnya, balik semula ke kubu mereka tidak ada sesuatu pun yang mencemas mereka, tetapi kalau kau potong air mereka, mereka akan melawan. Rasulullah pun segera bertindak menghalang air dari mereka, reaksinya mereka keluar dan melawan dalam satu peperangan habis-habisan, telah syahid beberapa tentera Islam dan sepuluh orang Yahudi kecundang, dengan itu terbukalah kubu al-Zubair kepada Rasulullah (s.a.w).

PEMBUKAAN KUBU UBAI

Setelah kubu al-Zubair dibuka maka seluruh Yahudi berpindah ke kubu Ubai, kaum muslimin mengepunginya, dua wira Yahudi telah tampil seorang demi seorang meminta ditentang, namun kedua-dua mereka dibunuh di dalam pertarungan yang berasingan, wira kedua Yahudi telah dibunuh oleh pahlawan Islam yang berikat kepala dengan kain merah iaitu Abu Dujanah Sumak bin Kharsyah al-Ansari. Sebaik sahaja beliau membunuh wira Yahudi, terus beliau merempoh masuk ke dalam kubu Ubai dan tentera Islam membanjiri bersama beliau ke dalam. Di dalam kubu berlaku pertarungan sengit beberapa jam, di masa itu kaum Yahudi mengambil kesempatan melarikan diri ke dalam kubu "al-Nizar" kubu terakhir di kelompok pertama.

PEMBUKAAN KUBU AL-NIZAR

Kubu ini merupakan kubu terkuat kelompok ini, orang Yahudi semua mereka bagaikan penuh keyakinan bahawa tentera Islam tidak akan dapat membukanya walaupun berusaha sehabis tenaga mereka, sebab itulah mereka menempatkan perempuan-perempuan dan keluarga mereka di sini, setelah mereka mengosongkan semua penghuni keempat-keempat kubu terdahulu.

Kaum muslimin telah membuat kepungan yang ketat ke atas kubu ini, dengan tekanan kuat ke atas kaum Yahudi, oleh kerana kubu ini terletak di atas bukit tinggi dan gagah, menyebabkan kaum muslimin tidak dapat membuat serangan dan merempuh ke dalamnya, di pihak Yahudi pun tidak berani keluar dari kubu untuk bertarung, apa yang dapat mereka lakukan hanya melawan dengan meluncur tombak dan mencampak ketulan-ketulan batu ke arah tentera Islam.

Oleh kerana kubu al-Nizar ini sukar kepada tentera Islam membukanya maka Rasulullah (s.a.w) memerintah supaya dipecahkan kubu al-Nizar ini dengan lontaran al-Manjaniq (pelontar), setelah tentera Islam bertindak mengikut arahan Rasulullah, maka berlaku kerosakan dan keruntuhan kepada tembok-tembok kubu berkenaan, membolehkan tentera Islam menyerbu masuk, di mana berlaku pertempuran yang sengit di dalam kubu itu sendiri, di situ kaum Yahudi menerima kekalahan yang teruk kerana mereka tidak sempat melarikan diri ke kubu yang lain, namun dapat juga di antara orang-orang Yahudi yang sempat melarikan diri meninggalkan kaum keluarga dan perempuan-perempuan mereka sebagai tawanan. Dengan tertawannya kubu yang terkuat ini terbukalah kelompok pertama kubu Khaibar yang terletak di al-Nutah dan al-Syaq, walaubagaimana terdapat juga kubu-kubu kecil di sekelilingnya, tetapi dengan tertawannya kubu terkuat ini maka penghuni-penghuni yang tinggal dan hendak mempertahankan kubu-kubu mereka turut melarikan diri ke kubu-kubu yang berada di kelompok kedua di Khaibar ini.

PEMBUKAAN KELOMPOK KEDUA KUBU KHAIBAR

Sebaik sahaja kubu di kelompok al-Nutah dan al-Syaq dibuka, segera Rasulullah mengerakkan kekuatannya ke kelompok penduduk al-Katibah, al-Wateh dan al-Salalim iaitu kubu Abu al-Haqiq dari Banu al-Nadhir, kubu ini telah dibanjiri oleh para Yahudi yang sempat melarikan diri ke kubu ini, di sini mereka mempertahankan sehabis-habis daya usaha mereka.

Ahli al-Sirah dan al-Maghazi berikhtilaf pendapat apakah berlaku peperangan di ketiga-tiga kubunya ini atau tidak? Mengikut Ibnu Ishak dengan jelas beliau menyebut di mana berlaku pertempuran, dalam usaha membuka kubu al-Qamus, malah dari jalan cerita beliau, kubu ini dibuka melalui peperangan tanpa sebarang perbincangan dan rundingan.

Manakala al-Waqidi menyatakan keterangan di mana ketiga-tiga kubu dikelompok ini dibuka melalui perundingan, ini boleh jadi rundingan diadakan selepas berlaku pertempuran di kubu al-Qamus, tetapi dua kubu lagi telah diserah kepada tentera Islam tanpa sebarang pertempuran.

Walau bagaimanapun, apabila Rasulullah tiba ke sebelah al-Katibah Baginda telah membuat kepungan yang lebih ketat, tempoh kepungan ialah empat belas hari, di dalam tempoh ini orang-orang Yahudi tidak keluar langsung dari kubu mereka, hinggalah apabila Rasulullah memerintah supaya dipasang pelontar peluru dan mereka menyakini kehancuran mereka, lalu mereka memohon diadakan perjanjian perdamaian dengan Rasulullah (s.a.w).

PERUNDINGAN

Anak Abi al-Haqiq telah menghantar perutusan menemui Rasulullah dengan persetujuan: Kami akan mengikut arahan kamu? Jawab Rasulullah (s.a.w): Ya, dengan itu mereka pun mematuhi arahan Rasulullah. Kira dengannya terselamatlah darah mereka.

Baginda menerima pakai perjanjian perdamaian dengan tentera-tentera mereka yang berada di dalam kubu, keluarga mereka ditinggalkan untuk mereka, mereka boleh keluar dari bumi Khaibar bersama-sama dengan keluarga mereka, dan meninggalkan segala-galanya kepada Rasulullah, hartabenda, bumi, emas perak, perisai dan baju besi, selain dari pakaian yang di badan sahaja. Jawab Rasulullah: "Allah dan RasulNya tidak bertanggungjawab dengan kamu sekiranya kamu menyembunyi sesuatu", dengan itu mereka pun menerima perdamaian yang dipersetujui itu. Selepas perdamaian ini maka selesailah penyerahan semua kubu-kubu kepada tentera Islam, dan sempurna sudah pembukaan seluruh Khaibar.

PEMBUNUHAN DUA ORANG ANAK LELAKI ABU AL-HAQIQ

Meskipun selesai perjanjian perdamaian sedemikian rupa, namun dua orang anak lelaki Abu al-Haqiq menghilangkan sebahagian besar hartabenda di dalam kubu berkenaan, juga mereka menghilangkan sebuah tabung yang terisi wang dan barang-barang kemas Huyai bin Akhtab, yang beliau bawa lari semasa pembuangan Banu al-Nadhir.

Kata Ibnu Ishak: Kinanah bin al-Rabie di bawa ke hadapan Rasulullah, bersama beliau hartabenda Banu al-Nadhir yang berharga. Baginda bertanya di mana barang-barang itu, Ibn al-Rabie mengingkari yang beliau mengetahui tempatnya, maka dibawa kepada Rasulullah seorang Yahudi lain dan kata beliau:

Sebenarnya aku pernah melihat Kinanah berulang alik ke tempat usang itu setiap pagi. Tanya Rasulullah "Apa kata kau sekiranya kami menjumpai barang itu bersama-sama kau, kami bunuh kau?" Jawab Kinanah: "Ya boleh". Lalu Rasulullah menyuruh orang Islam menggali tempat usang itu, hasilnya didapati sebahagian harta-harta mereka yang sengaja disembunyikam di situ, bila ditanya di mana bakinya lagi, beliau enggan menunjuk tempatnya, Rasulullah pun menyerah beliau kepada al-Zubair dengan katanya:

"Siksakan beliau agar berjaya kita bawa keluar yang bakinya". al-Zubair mendemah dadanya dengan besi panas separuh mati, kemudian diserahnya kepada Mahmad bin Salamah, Mahmad pun terus membunuhnya sebagai balasan di atas kematian Mahmud bin Salamah saudaranya yang dibunuh oleh orang Yahudi dalam satu pakatanjahat mereka dengan mencampak ke atasnya lesung kisar semasa beliau berselindung di tepi tembok di kubu Na'im dahulu.

Ibnu al-Qayim menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah mengarah supaya dibunuh kedua-dua anak lelaki Abu al-Haqiq. Adapun orang yang mengaku bahawa harta itu mereka berdualah yang bertanggungjawab menyembunyikannya ialah anak saudara Kinanah.

Rasulullah menawan Sofiyah bin Huyai bin Akhtab sebelum ini beliau adalah bersama Kinanah anak lelaki Abu al-Haqiq, yang baru menjadi pengantin dan baru sahaja bermalam sebagai suami isteri.

PEMBAHAGIAN HARTA RAMPASAN

Pada permulaannya Rasulullah hendak mengosongkan Khaibar dari kaum Yahudi, tetapi mereka menawar kepada Rasulullah dengan kata mereka: "Hai Muhammad biarlah kami yang mengerjakan ladang-ladang ini, kami mengusahakannya, kerana kami lebih mengetahui mengenainya dari kamu. Kebetulan Rasulullah dan para sahabat di masa itu tidak ada prang-orang atau anak-anak suruhan untuk bekerja di ladang itu, orang Yahudi tidak pernah mengosongkan ladang itu malah setiap masa diusahakannya. Maka sebab itu Rasulullah membenarkan mereka mengusahakan ladang itu dengan syarat hasil dari setiap tanaman dibahagikan dua, dan Rasulullah (s.a.w) berhak memberikan mereka setiap tuaian yang Baginda perakuinya, Abdullah bin Rawahah dilantik sebagai penyelia mereka.

Pertama, Rasulullah membahagikan semua tanah Khaibar kepada 36 saham dan setiap saham itu dibahagikan kepada seratus saham kecil dengan itu tanah Khaibar mengandungi tiga ribu enam ratus (3,600) saham kecil, sebanyak seribu lapan ratus (1,800) saham adalah peruntukan khusus kepada Rasulullah dan tentera Islam yang merupakan separuh keseluruhan saham. Rasulullah mengambil satu saham sama seperti mana-mana tentera Islam, yang separuh lagi iaitu seribu lapan ratus (1,800) saham diasingkan, satu saham kontinjansis dan hal-hal yang mendatang ke atas kaum muslimin. Sebab Rasulullah membahagikan kepada seribu lapan ratus, kerana rampasan itu adalah hidangan Allah untuk tentera-tentera yang menyertai al-Hudaibiah dan yang telah tidak ada, kesemua mereka ialah seribu empat ratus (1,400) orang, bersama mereka dua ratus (200) kuda, setiap kuda dua saham, jadi kesemua itu dibahagikan kepada seribu lapan ratus (1,800) saham ertinya askar berkuda berhak menerima tiga saham dan pejalan kaki satu saham setiap seorang.

Bukti yang menunjukkan betapa banyaknya rampasan Khaibar ialah apa yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Ibnu Umar dengan katanya: Kami tidak pernah kenyang kecuali setelah kami buka Khaibar, dan riwayat Aisyah dengan katanya: Selepas pembukaan Khaibar kami semua menyebut-nyebut: "Sekarang ini kita boleh kenyang dengan tamarnya".

Sekembalinya Rasulullah ke Madinah kaum muhajirin pun memulangkan hibah dan berian mereka kepada al-Ansar, yang pernah mereka berikan kepada al-Muhajirin dahulu, seperti kebun-kebun tamar, setelah mereka memiliki harta dan ladang-ladang tamar di Khaibar.

KEPULANGAN JAAFAR BIN ABI TALIB DAN KELUARGA AL-ASY'ARI

Semasa peperangan Khaibar Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya dan orang-orang al-Asy'ari keluarga Abu Musa bersama-sama sahabatnya pun tiba dari hijrah mereka ke Habsyah.

Kata Abu Musa: "Pergerakan Rasulullah (s.a.w) telah sampai ke pengetahuan kami semasa kami berada di al-Yaman, rombongan terdiri dari daku sendiri dua orang saudaraku bersama dengan lima puluh orang lebih dari kaum ku, kapal yang kami tumpang itu telah membawa kami ke Habsyah negeri al-Najasyi, akhirnya kami bertemu dengan Jaafar dan sahabat-sahabatnya, kata Jaafar kepada ku: Sesungguhnya Rasulullah telah menghantar kami ke mari dan menyuruh kami bermukim di sini, dan tinggallah bersama kami. Dengan itu kami pun tinggallah bersama-samanya, hinggalah kami semua pulang semula ke Madinah dan berkesempatan pula dengan masa pembukaan Khaibar, dan Rasulullah pun memberikan kami saham Khaibar, sebenarnya Rasulullah tidak membahagikan saham Khaibar kepada orang yang tidak menyertai pembukaan Khaibar, kecuali kepada pelayar-pelayar kapal kami yang bersama Jaafar dan sahabat-sahabatnya, di mana Rasulullah membahagikannya di antara mereka.

Ketibaan Jaafar telah disambut oleh Rasulullah dan Baginda mengucupinya seterusnya Baginda bersabda: "Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, Apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"

Ketibaan pulang Jaafar adalah hasil pengutusan Umar bin Umaiyah al-Dhamari dari Rasulullah kepada al-Najasyi, meminta beliau menghantar mereka pulang kepangkuannya, al-Najasyi pun segera mengurus kepulangan mereka dengan dua buah kapal, Jumlah mereka semua ialah enam belas (16) orang lelaki bersama-sama dengan anak-anak dan isteri-isteri mereka, selain dari mereka telah pun sampai ke Madinah sebelum ini beberapa kumpulan lain terlebih dahulu.

PERKAHWINAN DENGAN SOFIAH

Telahpun kita sebutkan bahawa Sofiah telah dijadikan sebagai tawanan, setelah suaminya Kinanah bin Abi al-Haqiq dibunuh kerana pengkhianatannya. Apabila semua tawanan dihimpunkan, Duhaiyah bin Khalifah al-Kalabi telah datang kehadapan Rasululullah dengan berkata: "Wahai nabi Allah, berikan daku seorang tawanan perempuan". Jawab Rasulullah: "Pergi dan ambillah". Beliau pun memilih Sofiah binti Huyai, di masa itu seorang lelaki menemui Rasulullah sambil berkata: "Wahai nabi Allah apakah tuan hamba memberikan Sofiah binti Huyai puteri penghulu Banu Quraizah dan Banu al-Nadhir kepada Duhaiyah, sebenarnya Sofiah tidak baik dan sesuai kecuali untuk Rasulullah". Kata Rasulullah: "Jemputkan beliau bersama perempuan itu ke mari". Beliau pun datang dengan Sofiah, bila Rasulullah menengoknya maka kata Rasulullah kepada Duhaiyah: "Ambillah perempuan tawanan selain darinya". Kemudian Rasulullah menawarkan Islam kepada Sofiah dan beliau pun menerima dan memeluk Islam, dengan itu Rasulullah membebaskannya dan berkahwin dengannya, pembebasan itu dijadikan maharnya, sehingga apabila ke tempat bernama " Sadd al-Sahba' " jalan ke Madinah, Sofiah menjadi halal untuk berkahwin. Ummu Salim bertugas menyiapkan beliau untuk Rasulullah dan diserahnya kepada Rasulullah pada malam itu, dengan itu Baginda menjadi mempelai lelaki kepada Sofiah. Sempena perkahwinan itu dihidangkan jamuan bubur tepung dicampur buah tamar dan minyak sapi. Baginda bermalam dengan Sofiah selama tiga hari semasa perjalanan pulang ke Madinah.

Rasulullah mendapati kesan lebam di mukanya, jadi Rasulullah pun bertanya dengan sabdanya: Apa ini? Jawab beliau: Wahai Rasulullah (s.a.w) sebelum ketibaan Rasulullah ke sini, saya telah bermimpi melihat bulan sudah tidak ada di tempatnya tiba-tiba terjatuh ke ribaku, demi Allah sedikit pun saya tidak tahu hal tuan hamba, daku pun menceritanya kepada suami ku, beliau pun terus menempeleng mukaku dengan katanya: Jadi kau bercita-cita hendak kahwin dengan raja yang di Madinah itu.

PERIHAL KAMBING BERACUN

Dalam keadaan Rasulullah (s.a.w) sedang berihat selepas pembukaan Khaibar seorang wanita Yahudi yang dikenali sebagai Zainab bin al-Harith isteri Salam bin Misykam telah tampil ke hadapan Rasulullah, beliau menghadiah kepada Rasulullah seekor kambing panggang, sebelum ini beliau telah bertanya khabar mana satu di antara anggota kambing panggang yang digemarinya dan diberitahu: Pahanya, untuk itu maka beliau memasukkan racun kedalamnya sebanyak yang mungkin, kemudian diracun kesemuanya, setelah itu beliau membawa sajian itu kepada Rasulullah.

Baginda pun mengambil paha kambing bakar tadi dan menggigitnya, di dapati dagingnya tidak baik lalu diluahkannya dan bersabda: Tulang kambing ini memberitahu daku yang ianya telah diracunkan; setelah itu dipanggil perempuan Yahudi tadi dan disoal, beliau pun membenarkan kata-kata Rasulullah itu, dan bila ditanyanya mengapa beliau berbuat demikian, jawab beliau: Kalaulah Muhammad ini raja akan selamatlah daku darinya dan kalau ianya seorang nabi maka beliau akan diberitahu, dengan itu Rasulullah memaafkannya.

Bersama Rasulullah di ketika itu Bisyr bin al-Barra' bin Ma'rur, beliau telah mengambil sebahagian dari daging kambing itu, di makan malah di dapati menyelerakan akhirnya beliau mati selepas itu.

Riwayat berikhtilaf mengenai kesudahan perempuan tadi, di maaf atau di bunuh, satu riwayat sebulat mengatakan Rasulullah memaafkannya pada permulaan, kemudian dibunuh sebagai qisas, hukuman di atas kematian Bisyr.

QURBAN KEDUA BELAH PIHAK DI DALAM PEPERANGAN KHAIBAR

Jumlah tentera Islam yang syahid dl dalam pertempuran Khaibar, ialah enam belas (16) orang empat Quraisy, seorang Banu Asyja', seorang Banu Aslam, seQrang dari penduduk Khaibar selebihnya adalah dari golongan Ansar.

Pendapat lain menyebut bahawa syahid Islam adalah lapan belas (18) orang, al-Alamah al-Mansurpuri menyebut sembilan belas (19) orang, kemudian beliau berkata: selepas penyelidikan ku dapati sebenarnya dua puluh tiga (23) orang. Seorang darinya tersebut di dalam sejarah al-Tabari sahaja, dan seorang darinya juga, hanya tersebut di dalam al-Waqidi sahaja. Seorang darinya mati kerana memakan daging kambing yang beracun, manakala seorang yang lain mereka berikhtilaf apakah ianya terbunuh di Badar atau di Khaibar. Tapi yang sahih ianya mati di Badar. Manakala jumlah qurban orang Yahudi ialah sembilan puluh tiga (93) orang.

FADAK

Apabila Rasulullah (s.a.w) sampai ke Khaibar, segera Rasulullah menghantar Mahisah bin Masoud sebagai utusan kepada Yahudi Fadak menyeru mereka kepada al-Islam, namun mereka berlengah, tapi setelah Allah mentakdirkan pembukaan Khaibar dicampak kegerunan ke dalam hati-hati mereka, membawa mereka mengutus kepada Rasulullah meminta perdamaian dan sanggup membahagikan separuh hasil Fadak kepada Baginda seperti yang Baginda lakukan dengan penduduk Khaibar, Rasulullah bersetuju dengan permintaan Yahudi itu, oleh itu maka Fadak semuanya adalah khusus kepada diri Rasulullah (s.a.w) sahaja, kerana rampasannya tidak berlaku sebarang pergerakan tentera dan peperangan.

WADIAL-QURA

Setelah Baginda selesai urusan Khaibar Baginda terus ke "Wadial-Qura" kerana di sana terdapat sekumpulan kaum Yahudi dan sebahagian dari qabilah Arab yang bersekutu dengan mereka.

Apabila tentera Islam sampai ke sana mereka telah ditentang oleh kaum Yahudi dengan lontaran panah kerana mereka dalam keadaan berkerah tenaga dan bersiap sedia. Dalam kejadian itu seorang Abdi Rasulullah bernama Mud'am terbunuh, maka kata orang ramai: Berbahagialah beliau dengan syurga, jawab Rasulullah: Tidak sama sekali, demi jiwaku ditangannya, itu kain selimut, yang beliau ambil itu di hari Khaibar adalah rampasan Khaibar yang tidak dimasukkan ke dalam saham pembahagian rampasan, beliau harus dibakar dengan api, bila mereka mendengar demikian maka seorang lelaki telah membawa kepada Rasulullah seberkas atau dua berkas kayu api, kata Rasulullah: Seberkas atau dua berkas kayu api. Kemudian Rasulullah pun menyusun para sahabat untuk menghadapi peperangan, diatur dan dibahagi-bahagikan, bendera diserahkan ke tangan Saad bin Ubbadah, manakala panji-panjinya diserahkan kepada al-Habbab bin al-Munzir, Suhail bin Hanif dan Ubbadah bin Bisyr, lepas itu Rasulullah menyeru penduduknya kepada Islam tetapi mereka menolak malah salah seorang dari mereka telah muncul dan meminta dicabar, dengan itu al-Zubair ibni al-Awwam pun tampil menyahut permintaannya tadi, belum apa-apa beliau sudah membunuh pencabar tadi kemudian tampil seorang lagi, pun dibunuh oleh al-Zubair kemudian tampil yang ketiga, sekali ini Ali bin Abi Talib pula yang melawannya, setelah beberapa ketika Ali pun membunuh orang itu, dikira semua orang yang dibunuh itu sebelas orang, selalunya setiap kali wira mereka tumpas Baginda menyeru mereka kepada Islam.

Masa berlalu dengan keadaan begini hinggalah masuk waktu solat, Rasulullah pun terns memerangi mereka hingga ke petang, di pagi keesokan hari dan belum sempat matahari menjelang ke ufuk langit kadar aras tombak, Wadi al-Qura menyerah kalah dan Rasulullah menawannya dengan kekerasan, padanya Allah menghadiahkan RasulNya dengan rampasan-rampasan dan harta-harta yang banyak termasuk perkakas dan peralatan lain.

Rasulullah tinggal di Wadi al-Qura urituk selama empat (4) hari, setelah membahagi-bahagikan rampasan, manakala tanah perusahaan dan tanaman tamar dibenarkan kaum Yahudi mengusahakannya. Rasulullah bertindak terhadap mereka seperti mana tindakan Baginda terhadap penduduk Khaibar.

TAIMA'

Apabila Yahudi Taima', menerima berita penyerahan diri oleh Yahudi Khaibar diikuti oleh penduduk Fadak dan Wadi al-Qura maka mereka tidak membuat sebarang penentangan terhadap tentera Islam. Malah terlebih dahulu mereka menghantar wakil untuk mengadakan perundingan perdamaian, Rasulullah bersenang hati menerima hasrat mereka, sehingga dengan itu mereka dapat meneruskan pemilikannya ke atas harta benda mereka. Justeru Rasulullah menulis surat perjanjian untuk msndokumenkan kepada mereka risalah jaminan, berikut nasnya: "Ini adalah risalah dari Muhammad Rasulullah untuk Banu 'Adiya, sesungguhnya untuk mereka tanggungjawab, sebagaimana mereka berkewajipan mengeluar ufti (jizyah), tiada penentangan maka tiada perpindahan". Risalah ini ditulis oleh Khalid bin Said.

KEMBALI KE MADINAH

Sesudah itu Rasulullah (s.a.w) pun mula bergerak menuju ke Madinah. Di dalam perjalanan pulang itu Baginda berjalan sepenuh malam dan tidur di akhir malam di suatu tempat, dengan berkata kepada Bilal: Malam telah melindungi kita, beliau pun tertidur dengan bersandar pada binatang tunggangannya tak seorang pun sedar kecuali setelah cahaya matahari menikam mereka, orang pertama terjaga ialah Rasulullah (s.a.w) dengan itu Baginda pun keluar dari lembah itu mendahului tenteranya kemudian Baginda menunaikan solat subuh bersama kalian hadirin. Ada pendapat mengatakan kisah ini beriaku di dalam peristiwa lain.

Setelah meneliti huraian peperangan Khaibar, jelaslah kepulangan Rasulullah (s.a.w) dari Khaibar ialah dipenghujung bulan Safar atau di bulan Rabiul Awwal tahun ke tujuh (7) Hijrah.